Monday, November 7, 2011

semalam.

semalam?
bukan semalam lah
ok relax. aku baru siap karang surat nak berhenti
nak pergi ke lain cari rezeki
haduh

ok
semalam?
semalam tak ada apa apa
cuma rasa lama yang sunyi dan rindu
henpon sial buat hal pulak
tak nak betulkan
nanti hilang mesej2 semalam

sampai bila nak hidup berpegang pada kenangan?
ini jawapan
sampai aku sedia lepaskan dia yang sebenar benar lepaskan
sekarang, aku masih tak mahu
bukan sebab tak mampu
tapi tak mahu
satu hari nanti

biar hidup dengan harapan secebis
kenangan segunung
dan kasih masih selautan yang berombak

Saturday, October 8, 2011

setahun, dan hilang.

setahun yang lepas, gembira itu milik aku. senyuman dia, gelak tawa dia. tapi harini, aku tahu setahun lalu tak kan berlaku lagi. hilang terus. diam tanpa kata. rindu. tak terungkap dah banyaknya. biar ia terbuku dan terus terkurung disini, hati.

setahun lalu banyak cerita

hari ini, senyap tanpa berita

bukan senang tapi terpaksa

rindu? tak payah cakap lah

kita mungkin rasa semua akan berlalu dengan mudah. ya memang pantas, tapi masa sahaja, hati tak sepantas itu untuk aku lupa

bukan senang. kadang orang tak faham. lantak! hati aku.

aku rindu.
rindu setahun yang lalu

Friday, October 7, 2011

hati celaru masa

waktu. cepat sangat berlalu
kadang kadang aku tak sedar
sakit tawa semua berlalu macam tu je

hati?
dah berkali mati
tapi masih gagah hidupkan diri
sekarang, aman lagi
ouhh ia datang lagi
macam mana?
aduh, aku takut mati lagi, rintih si hati


Monday, September 12, 2011

mereka di atas, level kami tak sama

lama tak berblog ha
harini dah 12hb September 2011
orang dah masuk degree
aku?

aku kerja! HAHA
aku rindu kan kawan kawan aku
tapi apa boleh buat
kami dah tak sama batch
tak sama level
mereka di shah alam
aku di mersing tercinta

semoga berjaya kawan2
ku doakan korang!
doakan aku dapat sambung
ada rezeki insyaAllah aku sambung

sedih rasa hati aku
yelah, dorang dengan aku dah kiraa ada gap pemisah
jangan lupa kan aku!

perjuangan aku mungkin tak sama macam dorang
tapi tak apa, untuk keluarga
kadang2 kita tak boleh dapat apa yang kita impikan
tipu la kalau aku tak nangis bila fikir hal ni
tipu lah kalau aku cakap aku tak cemburu dengan dorang
tak apa, perjuangan kami sama
cuma berbeza
semua nak berjaya

tapi takut, tak ada dorang aku takut
takut lemah
sebab mereka kekuatan aku

hadiah dari Dia pun dah jauh kat sana
semoga dorang dilindungi
di kasihi

selamat malam

Thursday, August 18, 2011

hati

lama tak menulis

baitheway, aku jumpa yaya aritu kat kuantan
and .... imissyou lah
bila dekat rasa sayang sangat
entah
sayang tapi tak nak dia sakit lagi
biar lah macam ni je
:')

untuk awak zesto,
aku cuba lupakan kau
masih
tapi takut nak lepaskan kau
rindu kau tapi tak terluah
takut
apa aku takut pun aku tak tau

cuba bahagia dengan hidup sekarang
kawan2, keluarga
itu cukup
tapi sesekali hati terasa kosong :|

kuantan, aku rindu kau
teramat sangat
semua perasaan aku kat sana
aku akan balik
insyaALLAH

Wednesday, July 27, 2011

semua habis

lama rasanya tak tulis blog
cabaran blog pun buat tak habis

haiyoo
sekarang?
sendiri dan single
officially! HAHA

ok lantak p
semua dah jadi
kuatkan diri
semangat!
positif!

harap suma akan baik2 saja :)

Friday, June 10, 2011

10 hari 10 perkara - hari 7: 10 orang terpenting dalam hati

lambat update. yeehee.
bai de way aku dah start keje
HAHAHA
keje ape?
teeetttttttt! RAHSIA!.

okey jop ke tajok perbahasan kite pada hari ini
ye tuan2.
10 orang terpenting dalam hati hidup jiwa dan raga beta
jenngg~

1. MAK. die lah ibu mak ummi mummy mama dan emak! HAHAHA. dia lahirkan aku. dulu myb tak berapa rapat gn mak sebab aku ni jenis degil and pemalas. so rapat gn abah. mak dulu suke lebihkan akak. tapi sekarang, aku tau mak memang sayang semua anak dia. ape2 keputusan aku tanya mak dulu.

2. ABAH. lepas mak kena la abah. tak ada abah mane nak datangnye aku. dari die lah, aku ni jadi sperma yang berjaya mutu keunggulan selepas bertarung dengan berjuta sperma lain! HAHAHAHA. i lab uuu!

3. KELUARGA. termasuk la ipar dan anak2 sedara kesayangan aku. seronok bila satu keluarga ada sama2. aku suka even pening kepala layan 8 orang anak sdara. raya ni masuk 9 ==' semputt la aku lepas ni! HAHAHA

4. sahabat terbaik. 4EVAFRENZ CREW! mereka adalah yang terbaik dan terhebat. gelak gelak suka suka ada mereka . kami suka potoshooot! yeeha. ghindu nak amek gmbr :'(

5. geng PEAH! shemi, izzah, fiza, esya :') mereka adalah hadiah dari Dia. yess mereka! dorang yang ada masa jatuh bangun aku, tangis tawa aku, takot berani aku. semua ada mereka. terima kasih :) ++ gayboy kesayangan. ijat :)

6. buah hati pengarang jantung si cicak kobeng, KHAIRIAH GHADZALI. biar pun dia jauh, aku tau sayang dia ada dengan aku. dia milik hati aku. maaf aku selalu buat kau sedih. ily.

8. CIKGU + LECTURER. pendidik aku. mereka yang ajar aku mengira, mengenal huruf dan mengenal dunia. banyak benda aku belajar.

9. SAHABAT HANDAI. kawan2 sekolah. especially skolah menengah dan sangat especially University College Shahputra. aku belajar dunia luar dengan mereka. pengalaman dan nasihat dari dorang tu berharga.

10. skip no 7. tak ada idea aku nih. HAHAHA. no7 tu bia lah rahsia. jeng jeng jeng!~ yang terakhir, manusia2 di sekiling aku. kenapa mereka penting? sebab dunia ni tak ada mereka kosong lah. belajar ragam hidup dari manusia. dan aku hidup dengan manusia. :)

sampai disini saja celoteh saya.. kalo nak tau apa no 7. sila tanya saya di kaunter pertanyaan. HAHAHA
sekian~

Monday, June 6, 2011

10 hari 10 perkara - hari 6: 10 benda yang wajib ada dengan aku

ooohoooii! hari ke6 sudah!
4 hari lagi
heee syok gak tlis entry yang dah di bagi tajok
HAHAHAH

oke nak cakap pasal
10 benda yang wajib ada dengan aku
tak boleh idop kalau tak ada nihh

1. wallet. dalam wallet aku sume benda penting ada. termasuk la tiket2 wayang yang ada 1001 kenangan.

2. nokia e63 + csl xtau nama. henpon nih da macam diary aku dah. sume benda aku tulis dalam tu, luahan hati, tarikh2 penting, senarai hutang, gambar2, lagu dan mesej2 yang aku sayang nak padam.

3. jam. aku sayang semua jam aku. aku jenis suka jam yang pelik2 sikit. kalo tak pakai jam time kua umah, memang rasa tak kena lah tangan aku nih.

4. bantal pelangi hati. tak boleh tido kalau tak ada benda ni. kalau tido pelok kuat2. lena la tido sampai pagi, HAHAHA

5. gambar mak abah. hahaha. ini wajib ada dalam wallet. biasenya kalau exam and rasa takot tak boleh jawab, tengok gambar mak abah dulu, ceeewaahhh!

6. dentyne. lantak la salah eja. ala yang gula getah tu ha. aku cam addict sket gn benda nih. tapi tak ada lah sampai gigil badan bila tak dapat. selalu kalau keluar mesti kunyah. dulu time kelas, tiap2 pagi mesti beli . kalo tak, rasa semacam je tak dapat. HAHA

7. earphone smiley. benda ni tak lah selalu ada dengan aku, tapi kalau aku jalan jauh2, benda ni tak leh tinggal. kene bawak sebab aku suka dengar lagi bila jalan jauh2 ni. sodappp sket tido bila ada artis dodoi gn lagu2 mereka. HAHA

8. baju t-shirt yang mak belikan. ada satu baju ni, memang aku sayang sebab mak aku belikan. *sblum ni pun duet mak jugak* HAHAHA. tapi yang ni special sebab mak pilih. aku nak yang murah, mak aku bagi yang lain. die pilih. g mana2 wajib bawak! dan aku selalu pakai :)

9. duit. ini benda sangat penting. pegi mana2 kalau tak ada duet memang susah. aku paling sikit pun kalau kua umah kene bawak rm5. takot ape2 jadi naya aku nanti

10. lasttttt sekali, benda yang aku tak boleh hidup kalau tak ada benda ni, orang2 yang aku sayang dalam hati. mana2 aku pergi, mesti aku akan bawak dorang sekali. kemana saja. dalam hati aku. sentiasa ada kat situ. aku mati tanpa mereka.

tamat la sudah bebel bual bicara hari ke6
nantikan hari ke7!
dadadididudu

10 hari 10 perkara - hari 5: 10 permintaan hati

permintaan?
hmmm ape ek? jap dulu cari idea.



1. aku nak dapat pintu suka hati. bole bole? kalo ada sila bagi aku. senang la aku nak pegi mana2. cakap je, zaaaaassssssssssssss trus sampai! hehe

2. no 1 tu mustahil plak nak dapatkan. ok aku teriiinnnggiiinnn sangat nak beli moto ego. dari kecik sampai la sekarang. aku tak penah bawak ego sebab aku nak bawak moto aku sendiri je. masih mempertahankan itu ye! hahaha

3. aku nak ada bilik sendiri, katil sendiri, cat sendiri, meja sendiri. ahhh bahagianye! aku dari dulu idam2 nak bilik sendiri pastu cat pakai kaler hitam then tampal glow in the dark pnye star2. perghh! memang feeling malam jela tiap2 hari. mmg la lena aku tido kan kan kan. hahaha.

4. aku ngidam kereta kelisa. kaler biru luar dan dalam. sesuai la gn otak biru aku ni ==' target aku, umo 24 dah ada. so 3 tahun lagi!

5. aku nak rumah sendiri dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik dan efektif. HAHAHA

6. nak kamera baru boley? ermmm ermmm skli pakej dengan lense baikk punye lah!

7. aku nak sahabat2 yang aku ada sekarang terus ada dengan aku susah dan senang. dan aku jugak macam tu

8. aku harap sangat family aku akan terus bersatu dan tak ada pecah belah sampai bila2. sebab apa yang paling berharga dalam hidup aku ada lah mereka

9.aku nak sangat putar balik masa. nak balik pada 27 oktober 2010. kenapa? ada lah sebabnya. itu permulaan pada apa yang jadi sekarang

10.

aku harap aku boleh lupa. lupakan dia tapi bukan kenangan. itu permintaan terbesar aku.

Sunday, June 5, 2011

10 hari 10 perkara - hari 4: 10 benda yang ak mah ucap pada seseorang

ahhh haa! sampai dah hari ke4
ni antara 10 benda yang aku paling suka nak tulis

untuk seseorang
kalau ini boleh aku ucapkan pada kau
kau tahu siapa kau
dan aku tahu kau baca :')

1. aku sayang kau selalu. dan sayang ni tak kan pernah pergi dari sini, hati aku.

2. kalau kau tanya tentang rindu, satu kau perlu tahu, ia terjadi setiap saat pada setiap hari.

3. kalau lah aku dapat putar balik masa, aku akan pastikan apa yang jadi sekarang tak kan jadi. kalau lah aku tak pentingkan diri.

4. aku tahu kau bukan milik aku, dan tak akan jadi milik aku. tapi, aku nak kau selalu yakin yang apa jugak yang jadi, aku akan selalu ada dengan kau

5. aku rindu apa yang penah kita lalui dulu. kenangan tu walau sekejap, akan aku jaga. itu benda paling berharga yang aku ada.

6. jaga diri kau baik2. aku tak ada dekat, aku tak boleh kesat air mata kau. tolong jangan menangis

7. aku suka tengok kau senyum, tengok kau gelak, and aku rindu kau cerita macam2 dekat aku, kau kalau bercerita, memang susah nak berhenti ;)

8. aku mintak maaf sebab still macam ni, still menangis bila rindukan kau, still terbayang2 gelak tawa kau. maaf sebab jadi bodoh.

9. bila agaknya kita nak jumpa lagi ek? last aku tengok muka kau depan2, 1 januari 2011, pada hari lahir aku ke21. aku rindu

10. aku nak kau doakan aku selalu gembira, berubah dan aku nak, andai kata umur aku tak panjang, aku mintak kau ada disisi aku dan buat aku senyum untuk terakhir kali. aku akan doakan kau bahagia sebab senyuman bahagia kau, adalah bahagia bagi aku

.ily zesto.

pelangi hati sentiasa temani aku

Saturday, June 4, 2011

it's our our very 1st anniversary


selamat selamat
HAHAHA

setahun sudah
tapi bukan 1 tahun yang sempurna
apa-apa pun
terima kasih

.ily.
it's all about US

10 hari 10 perkara - hari 3: 10 benda yang aku benci

10 benda yang aku benci?
hmmm
susah nih
sebab aku susah nak benci2 nih
tapi buat jela

1. cicak. aku sangat lah benci dengan benda binatang nih. teramat sangat! aku tak tau la nape tapi memang tak suka. takot bebenor gn benda alah tu

2. jarum suntik. aku benci jarum suntik sebab aku takot kene injet ==' nampak je cmni tapi pergghh! takot. nak ngis rasa. hadehh! aritu pegi spital kene injet sebab allergic, si nurse siap ngnjing aku 'tak macho la bro nangis' erkkk kbai!

3. arak dan dadah. aku sangat membenci ini! sebab benda ni boleh musnahkan orang2 yang aku sayang. so manusia keliling, sila jauhi

4. ermm ermm. hadeh dah tak ada idea nak pikir dah. aku benci ape? hmm hmm hmmm.

5. masih lagi tak ada idea. anyone pliss? HAHA

6. aku benci dengan orang yang buat orang aku sayang nangis. panjang pulak ==' aku benci orang nih sebab aku benci lahhh

7. ideaa ideaa ideaaa plisss!

8. ---------------- ok xd idea

9. hmmm ape lagi ek? ape lagi? apeeee??

10. ok yang terakhir, aku sangat benci dengan diri aku sendiri. aku benci apa yang aku buat, apa yang dah jadi, aku tahu apa salah aku, dan aku benci sebab aku tak dapat putar masa dan betulkan semua benda.

kbai jumpa lagi.

Thursday, June 2, 2011

10 hari 10 perkara - hari 2: 10 benda yang aku sayang

hari ni hari ke 2 cabaran incik Zoul
10 benda yang aku sayang?
hmmm banyaakkkk!
nak masuk gn gambar tapi kabel tak ada
siau tol! haaiih

ok nak start nih
jeng jeng jennnnnnggg~

1. bantal hati pelangi aku. kalo korang tak tengok, kat profile picca album aku ada. yang bentuk love tuh. kenapa aku sayang? ermm ermm. sebab aku sayang lah! haha. itu adalah pemberian dari someone yang aku sayang gila2. hadiah terakhir dari dia untuk hari jadi aku. kalo aku rindu aku peluk bantal tu kuat2 :')

2. Paq. paq ni nama bagi lappy kesayangan aku. dalam tu macam2 ada. aku sayang benda tu sebab kenangan. tapi dah dekat 6bulan lappy aku ni terbengkalai sebab rosak. aku akan betulkan jugak nanti, sabar ye Paq, nnt abg tol kan sayang.

3. cik Non. cik non ni is my canon 1000d aku. gilaaa wo nak dapatkan benda ni. nagis bagai nak gila la orang kata. last2 dapat, tapi tu la. lense die rosak sket. tapiiii aku masih boleh pakai. ada duet mama tol kan awak ye cik non.

4. jam baby-g pink *xingt nama* lantak lah. barang ni adek angkat aku si munchet , naleesha iman yang belikan. adiah bzday gak. aku gila minat kat jam ni. trimass kasihh sayangkuh. HAHAHA

5. wallet Wild Channel. wallet tu bzfren aku bagi masa bzday aku ke20. dah stahun lebih dah aku pakai. koyak2 sket. aku tak nak tukar sebab ada kenangan disebalik barang tu.

6. nokia e63. aku gila babeng jugak sayang kat fon aku nih. sebab aku habiskan duet MARA aku. HAHAHA. dalam ni banyak kenangan die. tapi aku ni kadang2 lalai, tertinggal sini sana. nasib baik tak hilang. heee~

7. si Pak Tam. pak tam ni benda oke bukan orang! pak tam aku ni sebijik gitar kapok kaler itam. bapak aku bagi duet beli. even tak pandai main sampai sekarang, tapi tetap sayang. tak ada masa lah nak belajar. hadehhh

8. aku sayang baju purple tulis 'its all about me'. baju ni aku beli dua, satu untuk aku, satu lagi untuk si cicak kesayangan aku. tapi tak pernah ada peluang nak pakai sama2 sebab dia busy. and ada lagi satu baju tapi shhhhh. jeng jeng jenggg~

9. aku sayang teddy bear aku. hamekk! kantoi aku suke teddy bear. ak sayang moo moo (lembu) mimi (bear putih) patrick (bntal ptrick), teddy (ptung mr bean), cocho (bear coklat) and bunny (ptung arnab putih). shhh! jgn bising2! malu!

10. dan benda yang aku paling sayang ialah KENANGAN. kalau ada orang nak ambik semua barang kesayangan aku ni, amek la, curi lah, tapi aku nak, pulangkan kenangan2 aku dengan semua barang ni dulu baru korang boleh amek. itu yang penting!

sekian, tunggu esok. HAHAHA

Wednesday, June 1, 2011

10 hari 10 perkara - hari 1: 10 perkara tentang aku

  • day one : 10 things about you
  • day two : 10 things you love
  • day three : 10 things you hate
  • day four : 10 things you want to say to one person
  • day five : 10 wishes
  • day six : 10 items you can’t live without
  • day seven : 10 important people
  • day eight : 10 of your favourite songs
  • day nine : 10 ways to win your heart
  • day ten : 10 final words

aku telah di tag okeh incik ZOUL MUNCHETT
untuk join benda ni
oke jugak sebab tak ada idea nak tulis benda lain
trimass!

day one : 10 things about me
1. nama sebenar : Syazwani binti Mohamed Salleh. aku bangga dengan nama aku nih. nama ni pames, pegi mana2 mesti ada wani, HAHHA

2. nama panggilan aku wani, wona, juan. nama wona ni kawan kolej aku bagi. melekat sampai arini ==' sabor jela. ada nama2 lain cm kimball, gemok, ermm ermm kenot.

3. sangat penggeli dengan cicak. aku sanggup tak berak kalau ada cicak dalam toilet and pernah ngis sebab kena kacau gn kawan aku pasal cicak. daym!

4. tak suka diganggu ketika tido. kalau tak kena cara orang kejut, memang agak tertinggi suara la jugak. heee

5. sedang mengalami masalah allergic yang sangat teruk kepada makanan laut, dan ayam serta talur. daymm! ilang nikmat makan,. sobs sobs

6. baru saja menamatkan diploma dalam komunikasi dan media. i miss my old classmate!

7. sangat2 lemah pada orang yang aku sayang. cinta satu kelemahan

8. tak pandai menipu dengan orang2 yang aku sayang

9. aku suka minum air manis dan sangat jarang minum air kosong. kalo terdesak baru minum. HAHAHA

10. aku adalah aku. apa yang kau kenal, ini aku.

jumpa di lain entry. baiii ;)

Friday, May 27, 2011

the end - DIPLOMA

oke secara sahnya
TAMAT DIPLOMA
sebab dah dapat result
dekan tak di iktiraf! HAHA

pointer oke la
cgpa pon naik
so keluar lah dengan rasa lapang dada
MARA pun bayar sikit je nanti

ada kat kuantan sekarang
imbas memori
sayang

Tuesday, May 24, 2011

senyum sokmo

hamek ko sedabak! HAHAHA

for YOU,
sila senyum selalu
be strong
im here for you
seperti selalu

ada masa kita jatuh
tapi belajar bangun balik
ramai ada nak tolong
terus senyum
sebab senyum awak cantik :)

Thursday, May 19, 2011

pemain perempuan simpanan


aktiviti waktu sem6
lama dahh baru nak update
HAHA
ok aku bosan!

masa ni saje2 busykan diri
main futsal bagai
tapi bukan main sangat
sekadar nak suka2 and sebagai simpanan je
HAHAHA

tapi aku happy
dapat lupakan masalah sekejap
main dengan dorang best
dorang hebat
wakil pegi SUKOB lagik
dapat no2
peewiitt!

rindu nak main futsal
weehee!
thanks pada junior2 sebab bagi si super duper senior nih main*konon*
thnks 4 da sweet memory before habis blaja aritu
HAHAHA

*sua koyak time first game*
kbai

kitaran hidup


KARMA?

korang percaya tak pada karma?
karma pada aku macam
kau buat baik, kau dapat baik
kau buat jahat, kau dapat jahat lah


benda ni bukan satu kepercayaan pada aku
cuma satu kitaran hidup
macam tu lah

entah
tapi aku tahu setiap apa kita buat akan ada balasan
hanya aku mintak satu KEMAAFAN
pada dia yang dah aku sakitkan
aku dah dapat balik rasa sakit tu

Tuesday, May 10, 2011

mc110


mc110 2008/2011
MISS THEM SO MUCH!


woohooo tersangat merindui mereka
lama tak dengar mereka bising2 gelak2
hadehh
tak apa yang penting semua masih happy

saya SAYANG kamoo

nak tido dalam peti sejuk

woohoo gila panas sekarang kat rumah
rasa macam nak tido kat lua rumah
letak muka dalam peti ais
=='

life is getting better
relationship jugak
frenship jugak
mintak maaf pun sudah, tapi hmmm

now tegah siapkan resume
cari kerja!
harap2 la rezeki itu ada

btw, aku rindu mereka

Saturday, May 7, 2011

mereka

die mesej lagi
satu mesej ---> abaikan dulu
dua mesej ---> tanya kenapa
lepas tu, ...................

mula2 tak nak balas sebab rasa bersalah pada si milikhati
tapi balas jela
die mintak maaf, aku mintak maaf
done. habis.

untuk kau,
aku cuba nak betulkan keadaan, aku nak benda ni semua balik macam dulu
tapi bila aku cuba, ada je benda yang sakitkan hati aku
aku tak boleh kalau melibatkan orang yang aku sayang
tapi, aku memang nak keadaan baik macam dulu
kalau kau tanya tentang rindu
tentang sayang
satu je jawapan aku boleh bagi
"YES AKU RINDU DAN SAYANG KAU TIAP HARI"
dan aku masih lagi menangis
bila aku tak dapat tahan rasa rindu pada kau
ia masih jatuh
*gelak lah pada diri aku*

-------------------------------------------------------------------------------------------

untuk awak berdua (E & N) :
to E, aku akan pastikan aku akan jelaskan semua ni pada kau
apa dah jadi dulu
aku nak mintak maaf
cuma aku takut, aku ni pengecut
takot mengaku salah sendiri
akan tiba masa nanti
harap kau ready

pada N, awak, saya baca apa awak bagi kat YM tu
saya senyum bila awak kata awak rindu saya
awak memang saya tak lupa
saya akan jelaskan semua
harap nanti awak tak benci saya

--------------------------------------------------------------------

mungkin ini semua karma
buat baik dibalas baik
buat jahat dibalas jahat
sakitkan hati, hati sendiri sakit lagi
PADAN MUKA!






Monday, April 18, 2011

teringin nak cakap


wallaweehh
aku tetibe HOT. bla bla bla
aku teringin sangat nak cakap


HAHAHA

I HATE YOU!

tapi hakikatnya
aku tak boleh cakap itu pada kau
teringin tapi mustahil



Saturday, April 16, 2011

pre-convo mc110 uitm-kusp 2008/2011



saya sudah pre-convo
*pre-convo je punnnn*
ahhh bialahh
aku dah habis blaja
satu paper sahaja untuk tamatkan diploma
MASS COMUNICATION
UiTM - KUSP 2008/2011

lepas ni cari kerja
sara keluarga anak bini
eh eh
HAHAHA

gonna miss them
nanti buat entry pasal mereka

Tuesday, April 12, 2011

10 hari terakhir

minggu ni minggu last semua kerja
minggu last buat assignment
lepas tu jumaat ada pre-convo

pejam celik pejam celik
oke DONE! 3 tahun dah nak habis
10 hari lagi
paper akhir 22hb april 2011

hari hari terakhir nak nikmati dengan mereka
harap mereka tak lupa
aku pasti rindu
lebih2 lagi mereka yang aku gelar
"hadiah dari DIA"
:')

10 hari terakhir
aku lalui tanpa dia, zesto
yeah masih tak boleh lupa
aku dapat lalui hari2 tanpa dia
tapi tak tau kenapa
akhir2 ni aku RINDU sangat kat dia
teringat semua kenangan
hmmm

KUANTAN memang penuh kenangan
tapi aku tak kan tinggalkan sini
anggap jelah dia masih belajar kat sini
anggap jelah aku masih teman semangat dia kat sini
ANGGAP

Friday, April 8, 2011

milikHATI

saya dah ada

si milikHATI

cuba sayang apa yang ada depan mata
aku bahagia sekarang

beberapa hari lagi aku nak nikmati bersama mereka

saya BAHAGIA,
saya ada DIA dan MEREKA

terima kasih sayang

Wednesday, March 30, 2011

aku memang tikus baiki labu

minggu ni mood aku tak berapa betul
aku OK tapi bila tengok "mereka" je aku panas
urggh!
hatii ouh hatii kau ni asyik nak jatuh je

dah2
balik kampung esok
balik sini balik "dia" dah tak ada
settle!

aku nak baiki apa yang jadi
tapi apa sudah jadi?
ok biarkan
biar dah hilang sekali
yang ada kena jaga jangan biar lepas lagi

DONE!

Thursday, March 24, 2011

sedih ada senang. PASTI

dalam setiap rasa sedih pasti akan datang satu senyuman
kita tak pasti bila
tapi pasti akan ada

masalah akan datang
belajar hadapi
bukan lari

Wednesday, March 23, 2011

hati ouh hati

hati ni susah nak paham kan?
hadeh
aku pun tak paham hati aku sendirik
senang sangat suka kat orang
tapi bila nak kenal rapat, hilang lah rasa tu
still jugak gila kan yang sorang tuh
hadehh

tapi aku cuba hargai siapa yang datang dalam idup aku sekarang
yeah aku bahagia
cuma hati selalu keliru dengan cara sendiri

:)

Tuesday, March 22, 2011

sebulan lebih

lagi sebulan lebih lagi aku nak habis belajar
sikiiiiit je lagi ;)


event pun dah settle
now siapkan semua assignment
futsal 2 kali game 2 kali menang (bukan aku yang score)
HAHAHA

jyeahh! nikmati apa yang ada sekarang
sebelum semua tinggal kenangan
aku coretkan lagi beberapa kenangan bersama mereka2 yang ada di sini

aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang

Wednesday, March 16, 2011

pagi pagi

selamat pagi
HAHAHAHA
tak pernah update blog pagi2 macam ni
tunggu nana bangun nak g kolej
:)

mak dengan abah datang semalam
dapat jumpa kejap
malam ni jumpa lagi
kalo xda apa2 tido dengan dorg la malam ni
heeee
senang rasa hati ni sikit

hmm
eh awak, aritu saya mimpi awak
besssssstt. HAHAHAH

haa! event lagi 4 hari!
hadehh

Monday, March 14, 2011

crontoz

*tajuk crontoz sebab tengah makan crontoz*
HAHAHA

untuk awak :
maaf kat awak, mybe saya emo
pada awak mybe benda tu kecik
tapi tak pada saya
sebab tu saya emo
pasal bintang kemek pun kecah kan saya ni?
maaf :(

saya tak marah awak
tapi saya cuma kecik hati
sensetifnyeeee laa aku nihhh
grrr

saya terasa sebab saya rasa saya buat benda sia2
tapi saya tahu awak hargai apa yang saya buat kan?
tak apa, lagi 2 3 ari sejuk la ni

p/s : saya ni memang cmni wakk. sensetif sangat. haiih. MAAF

Sunday, March 13, 2011

101 post

wahh! akhirnya.
ini post ke 101 aku!l
sejak tahun 2008 aku berbloging

oke lantak
event lagi seminggu
assignment pun dah gerak
kena siapkan cepat
bulan 4 nak ronggeng2! HAHA

hmm
sentap sikit arini
tapi tak guna benda dah jadi
biarlah
nanti aku penuhkan

Wednesday, March 9, 2011

sekarang

seminggu dah tak update blog
nasib baik tak bersawang
HAHAHA
seminggu yang full dengan aktiviti
event tinggal lagi tak sampai 2 minggu
duet dah rabak
makan apa ek?
aku tak nak kurus HAHA

cuba baiki keadaan
baiki hubungan

kadang2 aku tak stabil
semoga semua lancar

Wednesday, March 2, 2011

bulan 3

ok start
26hb berlalu macam tu saja
just give her a wish and then DONE

sekarang dah bulan 3
hari ke 2
hmmm
bermakna kami budak2 masscomm sem6 akan ada
18 hari lagi before event
dan 2bulan lagi untuk bersama!

ooohooi!
sedih pulak rasa kenang masa nak berpisah
kalau aku sambung degree bole la jumpa
tapi tengok la dulu
banyak benda kena fikir dulu :)

nikmati waktu bersama
penuhkan memori dengan kenangan
pahit manis suka duka gelak tawa
sayang mereka!

dan menghabiskan masa selagi ada
dengan mereka2 yang pertama aku jumpa kat sini
Sya
dak2 umah lama
adek2 kuh
Ijat

SAYANG dan RINDU

Monday, February 28, 2011

suatu pernah


suatu pernah - Fynn Jamal

lagu dari sastra-wati yang aku minat
lirik penuh makna
suatu pernah
tiba2 lagu ni lekat kat jiwa
ye aku pernah
dan kau pernah kah?

Thursday, February 24, 2011

2 hari lagi

.ini terakhir.

2 hari lagi birthday dia
sekarang dia kacau bilau
sekarang aku kucar kacir
HAHA
lantak lah sekejap

tunggu apa bakal jadi

Tuesday, February 22, 2011

ego rendah tapi maruah?

apologizing does not always mean that you are wrong and the other person is right, it just means that you value your relationship more than your ego

Monday, February 21, 2011

aku bukan bahan gelak


menghitung untuk sampai hari lahir kau
nak call ke tak?
nak buat apa call? tak pasal kena maki
nak call lah! wish birthday
nanti dia ingat aku lemau lembik
aku tak nak jadi bahan gelak!

ego kena la jaga
tapi tinggi sangat ke ego aku?
ego tak bertempat?
hadehh
bak mai moto ego la senang!
HAHAHA

ahh! lantak lah dulu


Sunday, February 20, 2011

20hb Feb 2011

20hb Januari 2011

tarikh ni. dalam 2.15pm.
yeah! official date die tinggalkan kuantan
menangis tak sudah
macam orang gila kat dalam bilik

harini genap sebulan dia pergi
dan aku masih sama
tak boleh lupa
masih menangis
tapi tengah cuba kurangkan
tidur pun aku nak betulkan balik
SUSUN SUSUN!

6 hari lagi birthday dia
masa tu aku tengah busy
tunggu jelah apa jadi

*rindu*

Friday, February 18, 2011

hari ini

hari ni aku rindu
ABAH

hari ni aku rindu
MAK

hari ni aku rindu
SYA

hari ni aku rindu
ZAKI

hari ni aku rindu
NURAIN FATIHA

dan

hari ni aku TERAMAT rindu
semangat aku - ZESTO

.ada tayangan hari ni, maksudnya semua aktiviti dah mula.
.dulu tiap kali ada aktiviti cm ni, dia orang pertama aku ajak.
.dulu, dia orang yang akan bagi aku semangat.
.dulu, dia orang yang akan bagi aku kekuatan.

SEKARANG, dia tak ada
dan semangat dia hilang bersama dia
aku sedih . aku rindu

"Hesh. Gud luck keyh. Tk care, I knw u can. Nytes"
14/10/2010 11:46pm
.masa ni aku sangat tertekan dan dia ada untuk aku.
.dia bagi aku gelak, dia hantar video.

rindu lagi
*tears*

Thursday, February 17, 2011

game bermula

GAME apakah?
life game la bhai!
hidup dah mula nak busy semula
keluar pagi, tengah malam baru balik
kerja + lepak + kerja + lepak
memang terbaik lah
tak apa, last semester kan
apa salahnya

tapi tak best sebab tak dapat balik rumah
haiih
duit bagai nak kering sangat
semua benda kena bayar cepat

"ya Allah, berikanlah aku dan sahabat2ku kemudahan dan kelancaran
kesenangan dan kegembiraan serta kejayaan. amin"

Wednesday, February 16, 2011

Rindu

hati kat kampung sekarang
teringin sangat nak balik minggu ni
mintak2 la boleh balik
lepas ni memang tak boleh nak balik dah
jadual dah macam artis uolls
sebelum abah call cakap rindu
baik aku balik
tak nak abah rindu aku
sebab aku sedih bila abah cakap
"abah rindu kat anak abah ni"
sobs sobs :'(

hmm mimpi lagi
dia dan dia
:)
kalau mimpi pun boleh buat aku senyum
apa lagi realiti kan kan?
tapi susah semua sebab ego
haih dah lah
aku rindu sebab tu mimpi
datang lagi dalam mimpi aku pliss
at least boleh lepas sikit rindu tu

eh eh awak NF
senyum selalu plissshh
takot baca blog awak yang marah2 tu
saya nak awak senyum selalu
orang yang buat awak marah tu satu ujian sebenarnya
Dia nak uji tahap sabar awak
:)

Tuesday, February 15, 2011

nak balik kampung

rasa macam dah lama tak balik kampung
hadeh
rindu mak dengan abah!

nak balik nak balik nak balik
balik
balik
balik

MERSING!

Monday, February 14, 2011

a bunch of roses

naahhh! a bunch of roses for SFTP!

HAHAHA
aku stalk page dia
dia nak sangat even bukan dari aku
HAHAHAHA
tak apa lah, bagi je
dalam blog
(mintak2 dia tak stalk blog aku)

saja bagi

Sunday, February 13, 2011

dia punca.

hari ni aku tengok satu video
amjad :')
aku dengar suara dia
suara yang aku terlalu rindu
suara semangat aku satu masa dulu
dan aku menangis tak berlagu

dia menghantui aku
tapi aku tahu, benci mana pun dia kat aku
dia tetap ingat kat aku
ya Allah, berikan aku peluang kedua untuk menjaga dia
aku rindu masa masa aku dengan dia

sekarang selagi tak pukul5am ++ mesti aku tak tidur
insomnia gamaknya! HAHAHA
mula dari dia tinggalkan kuantan
aku macam ni

aku inginkan peluang kedua
peluang untuk aku baiki semua

semangat, aku masih perlukan kau
.lia.

Saturday, February 12, 2011

mula balik. sudaahhhhh!


saya SUKA awak!
hadehhh! sudah!
apa sudah jadi? aku sudah mula macam dulu?
uhh mungkin tapi tak seteruk dulu
masih boleh dikawal
belajar dari kesilapan lalu
HAHAHA
apa yang saya tahu

SAYA SUDAH MULA SUKA AWAK!

you are the only person that can make me forget bout my past
this is soooo TRUE!


Thursday, February 10, 2011

im ADDICTED to ur blog


HO HO HO!
im ADDICTED to ur blog rite now
updatelahhh updatelaaahhh selalu!
nak baca nak ingat nak tahu
cepat update ye tuan OMLE
k bai

*sedikit lupa pada cerita lama. BETUL!*

Monday, February 7, 2011

great CNY holiday

*mula gn latest akhir gn pemula*

5hb Feb 2011


lepas balik dari Taman Tas umh si puteri tu, aku gn ijat pergi umah atok ika
kat Felda Bukit Kuantan
tambang rm45! gila melayang! grr tak pe2 sebab die kami sanggup
hahahaha. balik die hantar
hilang rindu setahun yang di pendam, dapat pun jumpa
gurau2. ahhh! rindu awak lah! :'(
nanti kita jumpa lagi oke. ijat pun happy. lalalala


Gerak g umah putri dalam kol2
nebesss siak! oke kaver2. kat tangan ada hadiah untuk NF
yaa, dia la NF shaye! *perasan kejap*
makan makan, tengok pengantin, amek2 gambar
tp sumpah ase cam takot bila tgk muka si NF
xpe2 awak tetap comel :)
tadi (6/2/11) lepak kroke dengan die
comelll je suara. nyanyi sket gelak2. sengeeetttt!
ape2 pun happy jumpa awak
jaga the lil elmo oke :)


2hb - 4hb Feb 2011

Yuyu datang kuantan dari kelantan
sangat terharu yaww die sanggup turun
aku dgn ijat amek die kat terminal dalam kol5pg then balik tidur
ari2 ktorg kua. banyak best moment
ktorg g makan makan, karoke, main game macam orang gila
ouhhh best! pakai baju sama
macam dah lama gila kenal
sangat2 rindukan moment itu

.ape2 pun aku happy cuti CNY ni even tak duduk kat kampung.
.jumpa orang2 yang terindah dan terbaik cipta memori.
.yang penting, aku tak ingat kat DIA.
HAHAHA
indah!


Monday, January 31, 2011

i am perfectly LONELY

aku dongak ke langit, yang aku rasa hanya sepi

sunyi lagi
lagi lagi sunyi
bila nak hilang?
tolong pergi tinggalkan aku
pergi dari ingatan aku
eh jangan! aku tak nak
nanti aku hilang kau dari memori

aku RINDU kau
ulang ulang baca mesej dulu dulu
ulang ulang ingat masa kau dengan aku
pada kau tak ada makna
pada aku berjuta cerita
ah aku BODOH
semua cakap macam tu
lali dah

imissursmile.imissurlaugh.imissurlaugh.imisseverythingboutyou
.imy.

*air mata jatuh lagi seperti hari2 sebelum. aku sunyi*