Monday, June 6, 2011

10 hari 10 perkara - hari 5: 10 permintaan hati

permintaan?
hmmm ape ek? jap dulu cari idea.



1. aku nak dapat pintu suka hati. bole bole? kalo ada sila bagi aku. senang la aku nak pegi mana2. cakap je, zaaaaassssssssssssss trus sampai! hehe

2. no 1 tu mustahil plak nak dapatkan. ok aku teriiinnnggiiinnn sangat nak beli moto ego. dari kecik sampai la sekarang. aku tak penah bawak ego sebab aku nak bawak moto aku sendiri je. masih mempertahankan itu ye! hahaha

3. aku nak ada bilik sendiri, katil sendiri, cat sendiri, meja sendiri. ahhh bahagianye! aku dari dulu idam2 nak bilik sendiri pastu cat pakai kaler hitam then tampal glow in the dark pnye star2. perghh! memang feeling malam jela tiap2 hari. mmg la lena aku tido kan kan kan. hahaha.

4. aku ngidam kereta kelisa. kaler biru luar dan dalam. sesuai la gn otak biru aku ni ==' target aku, umo 24 dah ada. so 3 tahun lagi!

5. aku nak rumah sendiri dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik dan efektif. HAHAHA

6. nak kamera baru boley? ermmm ermmm skli pakej dengan lense baikk punye lah!

7. aku nak sahabat2 yang aku ada sekarang terus ada dengan aku susah dan senang. dan aku jugak macam tu

8. aku harap sangat family aku akan terus bersatu dan tak ada pecah belah sampai bila2. sebab apa yang paling berharga dalam hidup aku ada lah mereka

9.aku nak sangat putar balik masa. nak balik pada 27 oktober 2010. kenapa? ada lah sebabnya. itu permulaan pada apa yang jadi sekarang

10.

aku harap aku boleh lupa. lupakan dia tapi bukan kenangan. itu permintaan terbesar aku.

No comments: