Friday, June 10, 2011

10 hari 10 perkara - hari 7: 10 orang terpenting dalam hati

lambat update. yeehee.
bai de way aku dah start keje
HAHAHA
keje ape?
teeetttttttt! RAHSIA!.

okey jop ke tajok perbahasan kite pada hari ini
ye tuan2.
10 orang terpenting dalam hati hidup jiwa dan raga beta
jenngg~

1. MAK. die lah ibu mak ummi mummy mama dan emak! HAHAHA. dia lahirkan aku. dulu myb tak berapa rapat gn mak sebab aku ni jenis degil and pemalas. so rapat gn abah. mak dulu suke lebihkan akak. tapi sekarang, aku tau mak memang sayang semua anak dia. ape2 keputusan aku tanya mak dulu.

2. ABAH. lepas mak kena la abah. tak ada abah mane nak datangnye aku. dari die lah, aku ni jadi sperma yang berjaya mutu keunggulan selepas bertarung dengan berjuta sperma lain! HAHAHAHA. i lab uuu!

3. KELUARGA. termasuk la ipar dan anak2 sedara kesayangan aku. seronok bila satu keluarga ada sama2. aku suka even pening kepala layan 8 orang anak sdara. raya ni masuk 9 ==' semputt la aku lepas ni! HAHAHA

4. sahabat terbaik. 4EVAFRENZ CREW! mereka adalah yang terbaik dan terhebat. gelak gelak suka suka ada mereka . kami suka potoshooot! yeeha. ghindu nak amek gmbr :'(

5. geng PEAH! shemi, izzah, fiza, esya :') mereka adalah hadiah dari Dia. yess mereka! dorang yang ada masa jatuh bangun aku, tangis tawa aku, takot berani aku. semua ada mereka. terima kasih :) ++ gayboy kesayangan. ijat :)

6. buah hati pengarang jantung si cicak kobeng, KHAIRIAH GHADZALI. biar pun dia jauh, aku tau sayang dia ada dengan aku. dia milik hati aku. maaf aku selalu buat kau sedih. ily.

8. CIKGU + LECTURER. pendidik aku. mereka yang ajar aku mengira, mengenal huruf dan mengenal dunia. banyak benda aku belajar.

9. SAHABAT HANDAI. kawan2 sekolah. especially skolah menengah dan sangat especially University College Shahputra. aku belajar dunia luar dengan mereka. pengalaman dan nasihat dari dorang tu berharga.

10. skip no 7. tak ada idea aku nih. HAHAHA. no7 tu bia lah rahsia. jeng jeng jeng!~ yang terakhir, manusia2 di sekiling aku. kenapa mereka penting? sebab dunia ni tak ada mereka kosong lah. belajar ragam hidup dari manusia. dan aku hidup dengan manusia. :)

sampai disini saja celoteh saya.. kalo nak tau apa no 7. sila tanya saya di kaunter pertanyaan. HAHAHA
sekian~

Monday, June 6, 2011

10 hari 10 perkara - hari 6: 10 benda yang wajib ada dengan aku

ooohoooii! hari ke6 sudah!
4 hari lagi
heee syok gak tlis entry yang dah di bagi tajok
HAHAHAH

oke nak cakap pasal
10 benda yang wajib ada dengan aku
tak boleh idop kalau tak ada nihh

1. wallet. dalam wallet aku sume benda penting ada. termasuk la tiket2 wayang yang ada 1001 kenangan.

2. nokia e63 + csl xtau nama. henpon nih da macam diary aku dah. sume benda aku tulis dalam tu, luahan hati, tarikh2 penting, senarai hutang, gambar2, lagu dan mesej2 yang aku sayang nak padam.

3. jam. aku sayang semua jam aku. aku jenis suka jam yang pelik2 sikit. kalo tak pakai jam time kua umah, memang rasa tak kena lah tangan aku nih.

4. bantal pelangi hati. tak boleh tido kalau tak ada benda ni. kalau tido pelok kuat2. lena la tido sampai pagi, HAHAHA

5. gambar mak abah. hahaha. ini wajib ada dalam wallet. biasenya kalau exam and rasa takot tak boleh jawab, tengok gambar mak abah dulu, ceeewaahhh!

6. dentyne. lantak la salah eja. ala yang gula getah tu ha. aku cam addict sket gn benda nih. tapi tak ada lah sampai gigil badan bila tak dapat. selalu kalau keluar mesti kunyah. dulu time kelas, tiap2 pagi mesti beli . kalo tak, rasa semacam je tak dapat. HAHA

7. earphone smiley. benda ni tak lah selalu ada dengan aku, tapi kalau aku jalan jauh2, benda ni tak leh tinggal. kene bawak sebab aku suka dengar lagi bila jalan jauh2 ni. sodappp sket tido bila ada artis dodoi gn lagu2 mereka. HAHA

8. baju t-shirt yang mak belikan. ada satu baju ni, memang aku sayang sebab mak aku belikan. *sblum ni pun duet mak jugak* HAHAHA. tapi yang ni special sebab mak pilih. aku nak yang murah, mak aku bagi yang lain. die pilih. g mana2 wajib bawak! dan aku selalu pakai :)

9. duit. ini benda sangat penting. pegi mana2 kalau tak ada duet memang susah. aku paling sikit pun kalau kua umah kene bawak rm5. takot ape2 jadi naya aku nanti

10. lasttttt sekali, benda yang aku tak boleh hidup kalau tak ada benda ni, orang2 yang aku sayang dalam hati. mana2 aku pergi, mesti aku akan bawak dorang sekali. kemana saja. dalam hati aku. sentiasa ada kat situ. aku mati tanpa mereka.

tamat la sudah bebel bual bicara hari ke6
nantikan hari ke7!
dadadididudu

10 hari 10 perkara - hari 5: 10 permintaan hati

permintaan?
hmmm ape ek? jap dulu cari idea.



1. aku nak dapat pintu suka hati. bole bole? kalo ada sila bagi aku. senang la aku nak pegi mana2. cakap je, zaaaaassssssssssssss trus sampai! hehe

2. no 1 tu mustahil plak nak dapatkan. ok aku teriiinnnggiiinnn sangat nak beli moto ego. dari kecik sampai la sekarang. aku tak penah bawak ego sebab aku nak bawak moto aku sendiri je. masih mempertahankan itu ye! hahaha

3. aku nak ada bilik sendiri, katil sendiri, cat sendiri, meja sendiri. ahhh bahagianye! aku dari dulu idam2 nak bilik sendiri pastu cat pakai kaler hitam then tampal glow in the dark pnye star2. perghh! memang feeling malam jela tiap2 hari. mmg la lena aku tido kan kan kan. hahaha.

4. aku ngidam kereta kelisa. kaler biru luar dan dalam. sesuai la gn otak biru aku ni ==' target aku, umo 24 dah ada. so 3 tahun lagi!

5. aku nak rumah sendiri dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik dan efektif. HAHAHA

6. nak kamera baru boley? ermmm ermmm skli pakej dengan lense baikk punye lah!

7. aku nak sahabat2 yang aku ada sekarang terus ada dengan aku susah dan senang. dan aku jugak macam tu

8. aku harap sangat family aku akan terus bersatu dan tak ada pecah belah sampai bila2. sebab apa yang paling berharga dalam hidup aku ada lah mereka

9.aku nak sangat putar balik masa. nak balik pada 27 oktober 2010. kenapa? ada lah sebabnya. itu permulaan pada apa yang jadi sekarang

10.

aku harap aku boleh lupa. lupakan dia tapi bukan kenangan. itu permintaan terbesar aku.

Sunday, June 5, 2011

10 hari 10 perkara - hari 4: 10 benda yang ak mah ucap pada seseorang

ahhh haa! sampai dah hari ke4
ni antara 10 benda yang aku paling suka nak tulis

untuk seseorang
kalau ini boleh aku ucapkan pada kau
kau tahu siapa kau
dan aku tahu kau baca :')

1. aku sayang kau selalu. dan sayang ni tak kan pernah pergi dari sini, hati aku.

2. kalau kau tanya tentang rindu, satu kau perlu tahu, ia terjadi setiap saat pada setiap hari.

3. kalau lah aku dapat putar balik masa, aku akan pastikan apa yang jadi sekarang tak kan jadi. kalau lah aku tak pentingkan diri.

4. aku tahu kau bukan milik aku, dan tak akan jadi milik aku. tapi, aku nak kau selalu yakin yang apa jugak yang jadi, aku akan selalu ada dengan kau

5. aku rindu apa yang penah kita lalui dulu. kenangan tu walau sekejap, akan aku jaga. itu benda paling berharga yang aku ada.

6. jaga diri kau baik2. aku tak ada dekat, aku tak boleh kesat air mata kau. tolong jangan menangis

7. aku suka tengok kau senyum, tengok kau gelak, and aku rindu kau cerita macam2 dekat aku, kau kalau bercerita, memang susah nak berhenti ;)

8. aku mintak maaf sebab still macam ni, still menangis bila rindukan kau, still terbayang2 gelak tawa kau. maaf sebab jadi bodoh.

9. bila agaknya kita nak jumpa lagi ek? last aku tengok muka kau depan2, 1 januari 2011, pada hari lahir aku ke21. aku rindu

10. aku nak kau doakan aku selalu gembira, berubah dan aku nak, andai kata umur aku tak panjang, aku mintak kau ada disisi aku dan buat aku senyum untuk terakhir kali. aku akan doakan kau bahagia sebab senyuman bahagia kau, adalah bahagia bagi aku

.ily zesto.

pelangi hati sentiasa temani aku

Saturday, June 4, 2011

it's our our very 1st anniversary


selamat selamat
HAHAHA

setahun sudah
tapi bukan 1 tahun yang sempurna
apa-apa pun
terima kasih

.ily.
it's all about US

10 hari 10 perkara - hari 3: 10 benda yang aku benci

10 benda yang aku benci?
hmmm
susah nih
sebab aku susah nak benci2 nih
tapi buat jela

1. cicak. aku sangat lah benci dengan benda binatang nih. teramat sangat! aku tak tau la nape tapi memang tak suka. takot bebenor gn benda alah tu

2. jarum suntik. aku benci jarum suntik sebab aku takot kene injet ==' nampak je cmni tapi pergghh! takot. nak ngis rasa. hadehh! aritu pegi spital kene injet sebab allergic, si nurse siap ngnjing aku 'tak macho la bro nangis' erkkk kbai!

3. arak dan dadah. aku sangat membenci ini! sebab benda ni boleh musnahkan orang2 yang aku sayang. so manusia keliling, sila jauhi

4. ermm ermm. hadeh dah tak ada idea nak pikir dah. aku benci ape? hmm hmm hmmm.

5. masih lagi tak ada idea. anyone pliss? HAHA

6. aku benci dengan orang yang buat orang aku sayang nangis. panjang pulak ==' aku benci orang nih sebab aku benci lahhh

7. ideaa ideaa ideaaa plisss!

8. ---------------- ok xd idea

9. hmmm ape lagi ek? ape lagi? apeeee??

10. ok yang terakhir, aku sangat benci dengan diri aku sendiri. aku benci apa yang aku buat, apa yang dah jadi, aku tahu apa salah aku, dan aku benci sebab aku tak dapat putar masa dan betulkan semua benda.

kbai jumpa lagi.

Thursday, June 2, 2011

10 hari 10 perkara - hari 2: 10 benda yang aku sayang

hari ni hari ke 2 cabaran incik Zoul
10 benda yang aku sayang?
hmmm banyaakkkk!
nak masuk gn gambar tapi kabel tak ada
siau tol! haaiih

ok nak start nih
jeng jeng jennnnnnggg~

1. bantal hati pelangi aku. kalo korang tak tengok, kat profile picca album aku ada. yang bentuk love tuh. kenapa aku sayang? ermm ermm. sebab aku sayang lah! haha. itu adalah pemberian dari someone yang aku sayang gila2. hadiah terakhir dari dia untuk hari jadi aku. kalo aku rindu aku peluk bantal tu kuat2 :')

2. Paq. paq ni nama bagi lappy kesayangan aku. dalam tu macam2 ada. aku sayang benda tu sebab kenangan. tapi dah dekat 6bulan lappy aku ni terbengkalai sebab rosak. aku akan betulkan jugak nanti, sabar ye Paq, nnt abg tol kan sayang.

3. cik Non. cik non ni is my canon 1000d aku. gilaaa wo nak dapatkan benda ni. nagis bagai nak gila la orang kata. last2 dapat, tapi tu la. lense die rosak sket. tapiiii aku masih boleh pakai. ada duet mama tol kan awak ye cik non.

4. jam baby-g pink *xingt nama* lantak lah. barang ni adek angkat aku si munchet , naleesha iman yang belikan. adiah bzday gak. aku gila minat kat jam ni. trimass kasihh sayangkuh. HAHAHA

5. wallet Wild Channel. wallet tu bzfren aku bagi masa bzday aku ke20. dah stahun lebih dah aku pakai. koyak2 sket. aku tak nak tukar sebab ada kenangan disebalik barang tu.

6. nokia e63. aku gila babeng jugak sayang kat fon aku nih. sebab aku habiskan duet MARA aku. HAHAHA. dalam ni banyak kenangan die. tapi aku ni kadang2 lalai, tertinggal sini sana. nasib baik tak hilang. heee~

7. si Pak Tam. pak tam ni benda oke bukan orang! pak tam aku ni sebijik gitar kapok kaler itam. bapak aku bagi duet beli. even tak pandai main sampai sekarang, tapi tetap sayang. tak ada masa lah nak belajar. hadehhh

8. aku sayang baju purple tulis 'its all about me'. baju ni aku beli dua, satu untuk aku, satu lagi untuk si cicak kesayangan aku. tapi tak pernah ada peluang nak pakai sama2 sebab dia busy. and ada lagi satu baju tapi shhhhh. jeng jeng jenggg~

9. aku sayang teddy bear aku. hamekk! kantoi aku suke teddy bear. ak sayang moo moo (lembu) mimi (bear putih) patrick (bntal ptrick), teddy (ptung mr bean), cocho (bear coklat) and bunny (ptung arnab putih). shhh! jgn bising2! malu!

10. dan benda yang aku paling sayang ialah KENANGAN. kalau ada orang nak ambik semua barang kesayangan aku ni, amek la, curi lah, tapi aku nak, pulangkan kenangan2 aku dengan semua barang ni dulu baru korang boleh amek. itu yang penting!

sekian, tunggu esok. HAHAHA

Wednesday, June 1, 2011

10 hari 10 perkara - hari 1: 10 perkara tentang aku

  • day one : 10 things about you
  • day two : 10 things you love
  • day three : 10 things you hate
  • day four : 10 things you want to say to one person
  • day five : 10 wishes
  • day six : 10 items you can’t live without
  • day seven : 10 important people
  • day eight : 10 of your favourite songs
  • day nine : 10 ways to win your heart
  • day ten : 10 final words

aku telah di tag okeh incik ZOUL MUNCHETT
untuk join benda ni
oke jugak sebab tak ada idea nak tulis benda lain
trimass!

day one : 10 things about me
1. nama sebenar : Syazwani binti Mohamed Salleh. aku bangga dengan nama aku nih. nama ni pames, pegi mana2 mesti ada wani, HAHHA

2. nama panggilan aku wani, wona, juan. nama wona ni kawan kolej aku bagi. melekat sampai arini ==' sabor jela. ada nama2 lain cm kimball, gemok, ermm ermm kenot.

3. sangat penggeli dengan cicak. aku sanggup tak berak kalau ada cicak dalam toilet and pernah ngis sebab kena kacau gn kawan aku pasal cicak. daym!

4. tak suka diganggu ketika tido. kalau tak kena cara orang kejut, memang agak tertinggi suara la jugak. heee

5. sedang mengalami masalah allergic yang sangat teruk kepada makanan laut, dan ayam serta talur. daymm! ilang nikmat makan,. sobs sobs

6. baru saja menamatkan diploma dalam komunikasi dan media. i miss my old classmate!

7. sangat2 lemah pada orang yang aku sayang. cinta satu kelemahan

8. tak pandai menipu dengan orang2 yang aku sayang

9. aku suka minum air manis dan sangat jarang minum air kosong. kalo terdesak baru minum. HAHAHA

10. aku adalah aku. apa yang kau kenal, ini aku.

jumpa di lain entry. baiii ;)