Sunday, June 5, 2011

10 hari 10 perkara - hari 4: 10 benda yang ak mah ucap pada seseorang

ahhh haa! sampai dah hari ke4
ni antara 10 benda yang aku paling suka nak tulis

untuk seseorang
kalau ini boleh aku ucapkan pada kau
kau tahu siapa kau
dan aku tahu kau baca :')

1. aku sayang kau selalu. dan sayang ni tak kan pernah pergi dari sini, hati aku.

2. kalau kau tanya tentang rindu, satu kau perlu tahu, ia terjadi setiap saat pada setiap hari.

3. kalau lah aku dapat putar balik masa, aku akan pastikan apa yang jadi sekarang tak kan jadi. kalau lah aku tak pentingkan diri.

4. aku tahu kau bukan milik aku, dan tak akan jadi milik aku. tapi, aku nak kau selalu yakin yang apa jugak yang jadi, aku akan selalu ada dengan kau

5. aku rindu apa yang penah kita lalui dulu. kenangan tu walau sekejap, akan aku jaga. itu benda paling berharga yang aku ada.

6. jaga diri kau baik2. aku tak ada dekat, aku tak boleh kesat air mata kau. tolong jangan menangis

7. aku suka tengok kau senyum, tengok kau gelak, and aku rindu kau cerita macam2 dekat aku, kau kalau bercerita, memang susah nak berhenti ;)

8. aku mintak maaf sebab still macam ni, still menangis bila rindukan kau, still terbayang2 gelak tawa kau. maaf sebab jadi bodoh.

9. bila agaknya kita nak jumpa lagi ek? last aku tengok muka kau depan2, 1 januari 2011, pada hari lahir aku ke21. aku rindu

10. aku nak kau doakan aku selalu gembira, berubah dan aku nak, andai kata umur aku tak panjang, aku mintak kau ada disisi aku dan buat aku senyum untuk terakhir kali. aku akan doakan kau bahagia sebab senyuman bahagia kau, adalah bahagia bagi aku

.ily zesto.

pelangi hati sentiasa temani aku

1 comment:

cik yuyun & mr.bayc said...

OMG.........

sayuu nyaa jiwa i bca yunkkk~~~

bngga nyaa kalau i jd dat girl.....huhuhuhhuh