Sunday, May 5, 2013

segunung rindu


Lama rasanya aku tak membiarkan jari jari aku memetik kekunci menulis rasa. terbiar setahun tanpa sebarang nota. hampir setahun. aku tinggal warkah maya.

apa jadi? bermacam cerita. tapi yang pasti, ada satu yang menjadikan aku gila. gila dalam tanggung rindu seribu rasa. aku tinggalkan dia. sebenar benarnya. tapi hati aku tak pernah pergi. salah aku mungkin. tapi apa yang betul kalau bukan ini?? 

kalau kau tanya tentang rindu, luasnya langit pun belum tentu dapat tafsir gilanya rindu. aku cuba untuk tidak pergi ke sana. tempat terakhir aku tatap wajah dia. aku pergi lagi. berkali. cuba untuk mengintai andai wajah itu masih dapat aku tatapi. aku cuba menggadai rindu yang berjuta. andai. tapi dia tak pernah ada.

jemari aku lama sudah tak mengirim utusan rindu pada dia. endah di mana. aku kurang pasti. mungkin kerana aku benar2 ingin dia pergi. secara zahirnya. tapi, kau tak pernah tahu, hati aku tak pernah sesekali melepas engkau pergi. tidak sesekali. dua tahun begitu hampir. dan aku masih disini menanti dalam sesalan.

mereka katakan tentang pergi. aku pergi. tapi jangan sesekali paksa hati aku untuk hancur. kau pergi, hatiku kau bawak mati. aku masih menunggu. ya, jawapan aku untuk siapa hati aku. aku setia. aku setia pada yang tiada. masih bodoh menunggu kau. lama. aku tetap rasa yang sama.

sesekali jemari aku mengetuk dinding kekunci, terasa terluah segala rasa. walau tak semua. hati aku di bahagian ini tidak dapat bercerita sepenuhnya tentang satu penantian dan menggunungnya rasa rindu.

terlalu rindu. dan aku, masih menanti wajahmu.

Tuesday, October 30, 2012

setia tu tak sia sia

lama tak menulis
hidup la yang ingin diperkatakan lagi
masih sama
dan masih SAMAR

cakap tentag setia
ada yang kata sia sia
tapi
pada aku tak
sebab ikhlas menunggu

aku mungkin boleh di panggil bodoh
tapi apa wa kesah
diri wa
wahahaha

pada aku senang
pergilah jauh mana kau nak
dengan siapa kau mahu
tapi selagi aku mampu
aku tunggu
biar masa kau jatuh
tiap kali kau jatuh
kau tahu aku tetap akan bantu
untuk kau bangun lagi dan lagi
supaya kau tahu
tiada siapa yang mampu tunggu kau
lebih dari aku

sabar.
ikhlas.
cinta.
sayang.

untuk kau
untuk keluarga
dan aku janji
akan usaha untuk penuhi impian semua
yang merupakan impian aku

aku usaha
sampai aku jatuh dan tak mampu bangun

aku sentiasa sayangkan kau
itu pasti :)

.ily keding.

Wednesday, October 10, 2012

maaf. itu saja. kata makan diri.


awak
saya mintak maaf'
tak mampu nak kata apa lagi
kata kata saya makan diri

bukan itu yang aku maksudkan
cuma aku terkadang tak terkawal
fikirkan kau sama dengan dia
yang tak pernah ikhlas mencari kasih

aku kerja
usaha
untuk buktikan aku mampu jaga kau
mampu jadi seperti semua

salah aku
tersilap kata bicara
tolong jangan jauh
tolong
aku minta tolong

seharian tak tidur fikirkan salah
tahan rasa
rindu dah menggunung
di campur rasa bersalah

maafkan aku
aku terlalu sayang

hanya kau
keding :'(

Thursday, September 6, 2012

mimpi datang saat rindu bertandang

dua bulan
dua bulan lepas dia suruh aku pergi
jangan ganggu dia lagi
dia tak tahu agaknya apa yang dia minta
bakal buat aku jadi gila
tapi aku turutkan

dua bulan
aku tahan hati aku dari ungkapkan rindu pada dia
bukan mudah

aku mimpi setiap kali aku terlalu rindu
sampai air mata turut menemani mimpi aku
sedih
hanya mimpi yang boleh ubat sedikit rindu aku pada dia

luar dia bahagia, dalam mimpi dia bahagia
aku hanya menyorot mata
melihat dari kejauhan kebahagiaan dia

aku? usah tanya
aku tak derita
cuma sunyi mengenang salah sendiri
tengok kiri kanan orang bahagia
terbayang kalau aku masih dengan dia

dia minta aku pergi
aku pergi
dia minta aku diam
aku diam
tapi satu, dia kan dapat buat aku
berhenti sayangkan dia

tolonglah, kalau dapat satu peluang
aku ingin kau temani hari aku
seperti mana yang sepatutnya kita lalui

berangan benda tak pasti
berharap benda tak akan datang
mustahil,
tapi jangan lupa 
aku tak kan pernah putus asa untuk menanti kau
sampai kau lelah, dan datang pada aku

dan aku terus tunggu selagi aku mampu
sebab hati aku bukan semudah itu nak terima orang lain.

aku masih sayangkan kau, keding :'(


Wednesday, August 8, 2012

rindu

sebulan lebih
dia buat keputusan supaya aku tinggal dia
sakit
apa boleh buat
semua sebab salah sendiri

sekarang hidup kosong
memang kosong
aku tak pernah lepaskan semua pergi
demi seseorang

kerja hidup
entah
sepi sendiri

aku cuba kuatkan diri
menanti apa bakal datang
tak tahu sampai bila
aku boleh macam ni

*interview 2 kerja. fast!

Tuesday, July 24, 2012

kisah di kota celaka

maaf lah
nama baru dia kota celaka
kenapa?
kau duduk, kau tahu
bahagia, tapi bila datang tang gila
ahh kota celaka!

di pajak sorang sorang
jalan tak berteman
kerja macam gila
tapi tak aku kira
tanggungjawab

cuma aku sunyi
jalan kaki sorang diri
kiri kanan manusia
memang sah aku tak kenal

aku datang sana nak mula hidup
tapi aku rasa macam sikit sikit hidup ntah kemana
tak tepat lagi rasanya
entah
mana tempat aku?

dia dah bahagia
itu penting tapi aku seksa
seksa rindu dan seksa tahan sesal
kalau aku bisa ulang masa
cukup sampai ramadhan lepas
kalau aku tak ego tak penting diri
tak kejar benda tak pasti
kami mungkin gembira

tapi mustahil
aku nak dia gembira
dan bila dia sedih
aku masih ada untuk dia
seperti selalu
:')

.imy keding.

Friday, July 6, 2012

lepaskan semua pergi

blog dah lama tak sentuh
kerja memanjang

dan sekarang
aku sendiri
benar benar sendiri

aku dah lepaskan semua orang
yang ada di keliling aku pergi
anak ikan tak ada
apa lagi si dia

ada kawan kawan
kerja 
dan yang penting
keluarga

kerja pun entah
rasa tertekan
kenapa dunia penuh dengan mainan duit
mainan tentang apa yang mereka mahu lihat sahaja

dunia memang macam ni kan
yang penting, mimpi aku
dah nyata

apa aku mimpi
itu yang jadi
menakutkan.

aku akan cari jalan keluar dari dunia
dunia 
bodoh