Sunday, May 5, 2013

segunung rindu


Lama rasanya aku tak membiarkan jari jari aku memetik kekunci menulis rasa. terbiar setahun tanpa sebarang nota. hampir setahun. aku tinggal warkah maya.

apa jadi? bermacam cerita. tapi yang pasti, ada satu yang menjadikan aku gila. gila dalam tanggung rindu seribu rasa. aku tinggalkan dia. sebenar benarnya. tapi hati aku tak pernah pergi. salah aku mungkin. tapi apa yang betul kalau bukan ini?? 

kalau kau tanya tentang rindu, luasnya langit pun belum tentu dapat tafsir gilanya rindu. aku cuba untuk tidak pergi ke sana. tempat terakhir aku tatap wajah dia. aku pergi lagi. berkali. cuba untuk mengintai andai wajah itu masih dapat aku tatapi. aku cuba menggadai rindu yang berjuta. andai. tapi dia tak pernah ada.

jemari aku lama sudah tak mengirim utusan rindu pada dia. endah di mana. aku kurang pasti. mungkin kerana aku benar2 ingin dia pergi. secara zahirnya. tapi, kau tak pernah tahu, hati aku tak pernah sesekali melepas engkau pergi. tidak sesekali. dua tahun begitu hampir. dan aku masih disini menanti dalam sesalan.

mereka katakan tentang pergi. aku pergi. tapi jangan sesekali paksa hati aku untuk hancur. kau pergi, hatiku kau bawak mati. aku masih menunggu. ya, jawapan aku untuk siapa hati aku. aku setia. aku setia pada yang tiada. masih bodoh menunggu kau. lama. aku tetap rasa yang sama.

sesekali jemari aku mengetuk dinding kekunci, terasa terluah segala rasa. walau tak semua. hati aku di bahagian ini tidak dapat bercerita sepenuhnya tentang satu penantian dan menggunungnya rasa rindu.

terlalu rindu. dan aku, masih menanti wajahmu.

No comments: