Sunday, May 5, 2013
segunung rindu
Lama rasanya aku tak membiarkan jari jari aku memetik kekunci menulis rasa. terbiar setahun tanpa sebarang nota. hampir setahun. aku tinggal warkah maya.
apa jadi? bermacam cerita. tapi yang pasti, ada satu yang menjadikan aku gila. gila dalam tanggung rindu seribu rasa. aku tinggalkan dia. sebenar benarnya. tapi hati aku tak pernah pergi. salah aku mungkin. tapi apa yang betul kalau bukan ini??
kalau kau tanya tentang rindu, luasnya langit pun belum tentu dapat tafsir gilanya rindu. aku cuba untuk tidak pergi ke sana. tempat terakhir aku tatap wajah dia. aku pergi lagi. berkali. cuba untuk mengintai andai wajah itu masih dapat aku tatapi. aku cuba menggadai rindu yang berjuta. andai. tapi dia tak pernah ada.
jemari aku lama sudah tak mengirim utusan rindu pada dia. endah di mana. aku kurang pasti. mungkin kerana aku benar2 ingin dia pergi. secara zahirnya. tapi, kau tak pernah tahu, hati aku tak pernah sesekali melepas engkau pergi. tidak sesekali. dua tahun begitu hampir. dan aku masih disini menanti dalam sesalan.
mereka katakan tentang pergi. aku pergi. tapi jangan sesekali paksa hati aku untuk hancur. kau pergi, hatiku kau bawak mati. aku masih menunggu. ya, jawapan aku untuk siapa hati aku. aku setia. aku setia pada yang tiada. masih bodoh menunggu kau. lama. aku tetap rasa yang sama.
sesekali jemari aku mengetuk dinding kekunci, terasa terluah segala rasa. walau tak semua. hati aku di bahagian ini tidak dapat bercerita sepenuhnya tentang satu penantian dan menggunungnya rasa rindu.
terlalu rindu. dan aku, masih menanti wajahmu.
Tuesday, October 30, 2012
setia tu tak sia sia
lama tak menulis
hidup la yang ingin diperkatakan lagi
masih sama
dan masih SAMAR
cakap tentag setia
ada yang kata sia sia
tapi
pada aku tak
sebab ikhlas menunggu
aku mungkin boleh di panggil bodoh
tapi apa wa kesah
diri wa
wahahaha
pada aku senang
pergilah jauh mana kau nak
dengan siapa kau mahu
tapi selagi aku mampu
aku tunggu
biar masa kau jatuh
tiap kali kau jatuh
kau tahu aku tetap akan bantu
untuk kau bangun lagi dan lagi
supaya kau tahu
tiada siapa yang mampu tunggu kau
lebih dari aku
sabar.
ikhlas.
cinta.
sayang.
untuk kau
untuk keluarga
dan aku janji
akan usaha untuk penuhi impian semua
yang merupakan impian aku
aku usaha
sampai aku jatuh dan tak mampu bangun
aku sentiasa sayangkan kau
itu pasti :)
.ily keding.
Wednesday, October 10, 2012
maaf. itu saja. kata makan diri.
awak
saya mintak maaf'
tak mampu nak kata apa lagi
kata kata saya makan diri
bukan itu yang aku maksudkan
cuma aku terkadang tak terkawal
fikirkan kau sama dengan dia
yang tak pernah ikhlas mencari kasih
aku kerja
usaha
untuk buktikan aku mampu jaga kau
mampu jadi seperti semua
salah aku
tersilap kata bicara
tolong jangan jauh
tolong
aku minta tolong
seharian tak tidur fikirkan salah
tahan rasa
rindu dah menggunung
di campur rasa bersalah
maafkan aku
aku terlalu sayang
hanya kau
keding :'(
Thursday, September 6, 2012
mimpi datang saat rindu bertandang
dua bulan
dua bulan lepas dia suruh aku pergi
jangan ganggu dia lagi
dia tak tahu agaknya apa yang dia minta
bakal buat aku jadi gila
tapi aku turutkan
dua bulan
aku tahan hati aku dari ungkapkan rindu pada dia
bukan mudah
aku mimpi setiap kali aku terlalu rindu
sampai air mata turut menemani mimpi aku
sedih
hanya mimpi yang boleh ubat sedikit rindu aku pada dia
luar dia bahagia, dalam mimpi dia bahagia
aku hanya menyorot mata
melihat dari kejauhan kebahagiaan dia
aku? usah tanya
aku tak derita
cuma sunyi mengenang salah sendiri
tengok kiri kanan orang bahagia
terbayang kalau aku masih dengan dia
dia minta aku pergi
aku pergi
dia minta aku diam
aku diam
tapi satu, dia kan dapat buat aku
berhenti sayangkan dia
tolonglah, kalau dapat satu peluang
aku ingin kau temani hari aku
seperti mana yang sepatutnya kita lalui
berangan benda tak pasti
berharap benda tak akan datang
mustahil,
tapi jangan lupa
aku tak kan pernah putus asa untuk menanti kau
sampai kau lelah, dan datang pada aku
dan aku terus tunggu selagi aku mampu
sebab hati aku bukan semudah itu nak terima orang lain.
aku masih sayangkan kau, keding :'(
Wednesday, August 8, 2012
rindu
sebulan lebih
dia buat keputusan supaya aku tinggal dia
sakit
apa boleh buat
semua sebab salah sendiri
sekarang hidup kosong
memang kosong
aku tak pernah lepaskan semua pergi
demi seseorang
kerja hidup
entah
sepi sendiri
aku cuba kuatkan diri
menanti apa bakal datang
tak tahu sampai bila
aku boleh macam ni
*interview 2 kerja. fast!
Tuesday, July 24, 2012
kisah di kota celaka
maaf lah
nama baru dia kota celaka
kenapa?
kau duduk, kau tahu
bahagia, tapi bila datang tang gila
ahh kota celaka!
di pajak sorang sorang
jalan tak berteman
kerja macam gila
tapi tak aku kira
tanggungjawab
cuma aku sunyi
jalan kaki sorang diri
kiri kanan manusia
memang sah aku tak kenal
aku datang sana nak mula hidup
tapi aku rasa macam sikit sikit hidup ntah kemana
tak tepat lagi rasanya
entah
mana tempat aku?
dia dah bahagia
itu penting tapi aku seksa
seksa rindu dan seksa tahan sesal
kalau aku bisa ulang masa
cukup sampai ramadhan lepas
kalau aku tak ego tak penting diri
tak kejar benda tak pasti
kami mungkin gembira
tapi mustahil
aku nak dia gembira
dan bila dia sedih
aku masih ada untuk dia
seperti selalu
:')
.imy keding.
Friday, July 6, 2012
lepaskan semua pergi
blog dah lama tak sentuh
kerja memanjang
dan sekarang
aku sendiri
benar benar sendiri
aku dah lepaskan semua orang
yang ada di keliling aku pergi
anak ikan tak ada
apa lagi si dia
ada kawan kawan
kerja
dan yang penting
keluarga
kerja pun entah
rasa tertekan
kenapa dunia penuh dengan mainan duit
mainan tentang apa yang mereka mahu lihat sahaja
dunia memang macam ni kan
yang penting, mimpi aku
dah nyata
apa aku mimpi
itu yang jadi
menakutkan.
aku akan cari jalan keluar dari dunia
dunia
bodoh
Sunday, May 27, 2012
dia :)
gemok dan keding
dia keras kepala
suka buat apa dia kata
degil kadang tak bertempat
jalan sini sana
buat apa dia suka
tapi di satu sisi baik
dia manusia yang tahu berdiri atas kaki sendiri
dia manusia yang tak pernah mengejar harta cinta
dia manusia yang tahu apa erti sayang
dalam sudut hati yang dalam
keras kepala dia
keras hati dia
tengok bila kita sebut tentang orang yang dia sayang
air muka berubah
hati dan minda dia terus terkenang
dia kisah yang pernah singgah
yang pernah aku tinggal
dan sekarang
aku usaha kejar semula
.maaf.
#waiting for 4 june.
Saturday, May 26, 2012
tiap hari
tiap hari sekarang
jalani hidup makin mencabar
mintak2 aku boleh hidup
untuk masa depan sendiri
tup tap
dekat 2 tahun dah
makin ligat otak pikir
apa nak buat
pikir dia
hanya dia
tiada lain
Saturday, May 12, 2012
better and better
tak ada ayat lain dah sebenarnya
life aku kat kl ni makin ok
getting better day by day
hope akan berterusan lah
semalam dah kena asthma
siott je
hahaha
minggu depan last training then posting
waduhhh takot. msti rindu dorang
ijat pun dah kerja kl. training
burger king :D
we are in same track bebeh
bff lah! <3
keding
getting better
even still not mine
hahaha
kesah plak
asalkan aku ada tok dia slalu
dan dia selalu tahu aku ada
tu cukup
aku nak dia perlukan aku je
SEJAK SI 'ZESTO' TU PERGI
TAK SANGKA HIDUP AKU MAKIN AMAN
DAN MAKIN BERTAMBAH BAIK
TERIMA KASIH
SILA JANGAN DATANG LAGI :)
Saturday, April 28, 2012
hari inii
hari ni blik awal wooo!
hahaha
dah 3 hari kerja malam
kerja ok. seronok
byk bnda baru aku belajar
tapi hmm
tipu kalau aku cakap aku tak sunyi
aku rindu kawan2
rindu kampung
rindu dia :')
tunggu dia balik
wahahaha
sunyii
kawan tak ada nak teman aku makan selalu
Thursday, April 12, 2012
kuala lumpur
lebih kurang seminggu dah aku ada kat KL nih
kadang2 aku pun tak sangka kat sini tempat aku
tempat untuk aku teruskan hidup aku yang baru nak mula
tempat ni dulu yang aku elak dari nak cari rezeki
sekarang tempat aku mulakan langkah
udara yang dulu aku maki, kini aku hirup sendiri
bunyi yang dulu aku hina, sekarang aku sendiri dengar
fuhhh tak sangka
rasa macam gila
duduk tepi jalan tunggu bas, tengok kereta, aku pikir
"aku gila ke? ouh aku kat mana?"
aku sedar ini tempat baru aku
insyaALLAH semua akan ok :)
hidup kat sini aman
bangun tidur pukul 6:30pagi, terus pergi kerja
kol9 masuk kerja kol6ptg balik
sampai rumah kol9malam
tidur.
bangun kerja tidur bangun kerja
tak payah pikir apa sangat
tak lepak dengan kawan kawan
sendiri
hati?
masih macam ni
busykan diri dan mencari
dia akan bahagia
tu je
dan aku
cuba cari hidup aku
cuba baiki hidup aku
dan diri aku
cuba terbang sendiri tanpa pinjam sayap lain
kuatkan sayap untuk terbang lebih jauh
amin :)
Wednesday, April 4, 2012
hidup baru. lagi
hari ni hari pertama aku kat KL
yekk! warga sangat.
grr takot la bhai pikir kerja
duet sana sini nak cekau lagi
guane..
tak apa
nak hidup kena belajar susah
kalau tak sampai sudah tak kemana
hadehh
parookkk parookk
4/4/2012
hari ni genap 1tahun 10bulan
kalau kami masih bersama la
tapi tak pun
aku masih mengira
macam apa dia buat dulu
hahaha padan muka aku
balasan!
tak apa
hidup kena terus
banyak lagi benda aku kena fikir
itu lagi penting
Thursday, March 15, 2012
entri hati
hidup
phewwwww melayang lagi
makin apa?
lepas ni pergi tempat baru lagi
dan cuba dapatkan dia kembali
tengok hujan turun
basah rumput basah hati
ok aku gila
aku sayang kau
itu aku rasa
aku cuba
aku tunggu
sampai dapat dakap hati kau lagi
Tuesday, February 7, 2012
sudah mula membuang dia. aku suka!
lama tak tulis blog
sekarang aku duduk kuantan
kembali pada kuantan
tapi hidup masih terumbang ambing
entah la. rezeki belum datang
ha cerita pasal tajuk
totally sekarang dia si hantu hablau sudah menjauh
dan tolong jangan datang
kau pemusnah
kau buat aku bodoh dan tinggalkan benda yang aku patut jaga
shitted! blah kau!
dan pada si keding,
aku tahu salah aku
tapi semua dah lambat
kalaulah masa boleh aku ulang
tapi mustahil kan?
tak apa, aku sabar
macam mana kau boleh sabar dengan aku dulu
:')
aku rindu kau
eh aku nak delete semua post dalam blog ni
yang pasal si hablau tu
sekian :)
Monday, November 7, 2011
semalam.
semalam?
bukan semalam lah
ok relax. aku baru siap karang surat nak berhenti
nak pergi ke lain cari rezeki
haduh
ok
semalam?
semalam tak ada apa apa
cuma rasa lama yang sunyi dan rindu
henpon sial buat hal pulak
tak nak betulkan
nanti hilang mesej2 semalam
sampai bila nak hidup berpegang pada kenangan?
ini jawapan
sampai aku sedia lepaskan dia yang sebenar benar lepaskan
sekarang, aku masih tak mahu
bukan sebab tak mampu
tapi tak mahu
satu hari nanti
biar hidup dengan harapan secebis
kenangan segunung
dan kasih masih selautan yang berombak
Saturday, October 8, 2011
setahun, dan hilang.
setahun yang lepas, gembira itu milik aku. senyuman dia, gelak tawa dia. tapi harini, aku tahu setahun lalu tak kan berlaku lagi. hilang terus. diam tanpa kata. rindu. tak terungkap dah banyaknya. biar ia terbuku dan terus terkurung disini, hati.
setahun lalu banyak cerita
hari ini, senyap tanpa berita
bukan senang tapi terpaksa
rindu? tak payah cakap lah
kita mungkin rasa semua akan berlalu dengan mudah. ya memang pantas, tapi masa sahaja, hati tak sepantas itu untuk aku lupa
bukan senang. kadang orang tak faham. lantak! hati aku.
aku rindu.
rindu setahun yang lalu
Friday, October 7, 2011
hati celaru masa
waktu. cepat sangat berlalu
kadang kadang aku tak sedar
sakit tawa semua berlalu macam tu je
hati?
dah berkali mati
tapi masih gagah hidupkan diri
sekarang, aman lagi
ouhh ia datang lagi
macam mana?
aduh, aku takut mati lagi, rintih si hati
Monday, September 12, 2011
mereka di atas, level kami tak sama
lama tak berblog ha
harini dah 12hb September 2011
orang dah masuk degree
aku?
aku kerja! HAHA
aku rindu kan kawan kawan aku
tapi apa boleh buat
kami dah tak sama batch
tak sama level
mereka di shah alam
aku di mersing tercinta
semoga berjaya kawan2
ku doakan korang!
doakan aku dapat sambung
ada rezeki insyaAllah aku sambung
sedih rasa hati aku
yelah, dorang dengan aku dah kiraa ada gap pemisah
jangan lupa kan aku!
perjuangan aku mungkin tak sama macam dorang
tapi tak apa, untuk keluarga
kadang2 kita tak boleh dapat apa yang kita impikan
tipu la kalau aku tak nangis bila fikir hal ni
tipu lah kalau aku cakap aku tak cemburu dengan dorang
tak apa, perjuangan kami sama
cuma berbeza
semua nak berjaya
tapi takut, tak ada dorang aku takut
takut lemah
sebab mereka kekuatan aku
hadiah dari Dia pun dah jauh kat sana
semoga dorang dilindungi
di kasihi
selamat malam
Thursday, August 18, 2011
hati
lama tak menulis
baitheway, aku jumpa yaya aritu kat kuantan
and .... imissyou lah
bila dekat rasa sayang sangat
entah
sayang tapi tak nak dia sakit lagi
biar lah macam ni je
:')
untuk awak zesto,
aku cuba lupakan kau
masih
tapi takut nak lepaskan kau
rindu kau tapi tak terluah
takut
apa aku takut pun aku tak tau
cuba bahagia dengan hidup sekarang
kawan2, keluarga
itu cukup
tapi sesekali hati terasa kosong :|
kuantan, aku rindu kau
teramat sangat
semua perasaan aku kat sana
aku akan balik
insyaALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)


