Thursday, April 12, 2012

kuala lumpur

lebih kurang seminggu dah aku ada kat KL nih
kadang2 aku pun tak sangka kat sini tempat aku
tempat untuk aku teruskan hidup aku yang baru nak mula
tempat ni dulu yang aku elak dari nak cari rezeki
sekarang tempat aku mulakan langkah

udara yang dulu aku maki, kini aku hirup sendiri
bunyi yang dulu aku hina, sekarang aku sendiri dengar
fuhhh tak sangka
rasa macam gila
duduk tepi jalan tunggu bas, tengok kereta, aku pikir
"aku gila ke? ouh aku kat mana?"
aku sedar ini tempat baru aku
insyaALLAH semua akan ok :)

hidup kat sini aman
bangun tidur pukul 6:30pagi, terus pergi kerja
kol9 masuk kerja kol6ptg balik
sampai rumah kol9malam
tidur.

bangun kerja tidur bangun kerja
tak payah pikir apa sangat
tak lepak dengan kawan kawan
sendiri

hati?
masih macam ni
busykan diri dan mencari
dia akan bahagia
tu je

dan aku
cuba cari hidup aku
cuba baiki hidup aku
dan diri aku

cuba terbang sendiri tanpa pinjam sayap lain
kuatkan sayap untuk terbang lebih jauh
amin :)

1 comment:

iwe iwan said...

sng mnarik wani ayat2 ko...